Friday, 29 August 2014

Set Berpantang Moden Shaklee

Produk Shaklee Set Berpantang


Sesetengah mummies tidak seberapa suka  dengan produk jamu tradisional dan ada juga yang alah dengan jamu kerana tidak serasi dengan penerimaan badan mereka.

Namun, dengan adanya Set Bersalin Shaklee iaitu berpantang secara moden ini boleh diambil pada hari pertama melahirkan anak. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD berbanding jamu tradisinal.

Bagi para mummies yang sedang hamil, pasti sibuk mencari set bersalin yang sesuai dan terbaik untuk kesihatan mereka ketika berpantang nanti. Produk yang terbaik semestinya menjadi pilihan para ibu terutamanya dalam penghasilkan susu yang banyak kepada baby nanti. 

Soalan yang sering bermain di fikiran ibu ketika mencari set lengkap bersalin ialah:

1. Set bersalin yang manakah terbaik..?
2. Set bersalin yang manakah sesuai..?
3. Set bersalin manakah yang murah..?
4. Set bersalin manakah yang berkualiti, serasi dan terjamin keberkesanannya...?

Yang paling merisaukan para mummies ...tentang jaundis terhadap baby ketika baru lahir.
Dengan pemilihan set berpantang moden Shaklee , para mummies tak perlu risau lagi akan jaundis terhadap baby kerana ianya selamat diambil ketika baby sedang jaundis. Tidak seperti jamu tradisional kerana ianya panas dan tidak sesuai diambil ketika baby sedang jaundis kerana dikhuatiri kesannya turut terjejas pada kesihatan baby kerana ketika itu sumber makanan baby hanya susu sahaja.

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
*Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin. 
*Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
*Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
*Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Set benpantang moden shaklee sangat berbeza dengan set berpantang jamu tradisional kerana ianya tidak remeh untuk diamalkan. Berbanding dengn set berpantang jamu tradisional pelbagai step yang perlu dilakukan. Antaranya, para ibu perlu menempet pilis didahi, sapu rempah dibadan yang  menyebabkan para ibu tidak suka akan baunya dan tidak selesa ketika untuk menyusukan bayi.


Set berpantang moden Shaklee ini sangat mudah kerana ianya penuh dengan khasiat. Ianya sangat sesuai untuk mummies yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.  

Set berpantang Asas Shaklee.
Terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral iaitu VitaLea, B Complex, Vitamin C dan Zink Complex.

1. Vita-Lea dengan zat besi :
Vitalea ini mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang belum tentu kita dapat perolehi daripada makanan harian memandangkan perlu berpantang makan. Oleh itu vitalea ini dapat memastikan badan mendapat semua vitamin bagi menambahkan kembali tenaga dan meningkatkan kesihatan.
Vitalea ini mengandungi iron atau zat besi bagi membantu menghasilkan sel darah merah bagi menampung kehilangan darah semasa melahirkan.

2. B complex dengan asid folik :
B complex sangat membantu dalam mengembalikan dan meningkatkan tenaga ibu-ibu. Tempoh berpantang bukanlah tempoh berehat. Ibu-ibu biasanya tidak mendapat tidur yang cukup dek kerana rengetan anak dan sebagainya. B complex memberikan ibu tenaga luar biasa, di mana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat.
B complex juga membantu ibu-ibu menghindarkan diri dari stress dan mengelakkan meroyan kerana B complex dapat meningkatkan pengaliran saraf dengan baik.

3. Vitamin C :
Dapat memperbaiki tisu-tisu yang telah rosak sepanjang kehamilan dan kelahiran. Ianya juga membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan badan.
jangan dilupa juga, vitamin c adalah penting dalam pembentukan kolagen dan kesannya kulit bertambah cantik.

4. Zinc :
merupakan antara supplemen terpenting sepanjang berpantang. Zinc sangat membantu dalam mempercepatkan pembaikan luka-luka luaran dan dalaman. Ibu berpantang digalakkan makan ikan haruan, dan ikan haruan adalah sangat kaya dengan zinc. Adalah lebih mudah dan jimat dengan mengambil kapsul zinc ini.


Set Bersalin  Shaklee - Set 3M Set Asas dan Set Menyusu.
Set bersalin shaklee 3M ini, merangkumi supplement yang dapat membantu untuk menambahkan tenagamempercepatkan proses untuk sembuhkan luka bersalin, serta dapat juga membantu menambahkan susu badan. Hanya perlu tambah Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix.
 
1. Energizing Soy protein (ESP) :
*Membantu memberikan tenaga segera kepada ibu
*Membina sel-sel baru
*Menggalakkan pengeluaran susu ibu yang lebih pekat

2. Ostematrix (kalsium) :
1 biji ostematrix = 1 gelas susu. Kita semua sedia maklum bahawa susu adalah sangat penting dalam menguatkan kembali tulang.
juga dapat membantu dalam pelawasan ibu-ibu sepanjang berpantang.


Set Bersalin Shaklee - Set Premium.
Set Bersalin Shaklee Premium ini pula, perlu ditambah Alfalfa dan Lecithin. Ia bertindak sebagai detox atau pembuangan toksin untuk membantu berat badan para ibu kembali normal seperti sebelum mengandung.

1. Alfalfa Complex
Alfalfa merupakan tumbuhan yang  mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Alfalfa juga bertindak sebagai memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin, dan akan membawa keluar dari badan. Ia juga nerupakan galactagogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu.

2. Lecithin
Lecithin dapat membantu tubuh menyerab vitamin A, D, E dan K yang larut lemak. Ia juga membantu merendahkan metabolisme lemak, kolestrol, trigliserid didalam tubuh. Ia juga dapat menghalang pembentukan lemak di hati, menggalakan peredaran darah, serta dapat membantu mengurangkann tekaknan darah tinggi. Selain itu, Lecithin juga melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus dimana ia membantu masalah sembelit dan membantu membakar lemak untuk kesan pelangsingan.

Semoga artikel ini dapat membantu golongan bakal ibu yang masih tercari-cari set bersalin yang terbaik untuk mereka.  Kaum ibu mempunyai hak untuk mendapat set bersalin yang terbaik kerana banyak sel-sel badan yang rosak semasa proses kelahiran.

Dengan adanya set bersalin shaklee yang lengkap ini, ia dapat membantu memastikan ibu mendapat kesembuhan yang sempurna selain memastikan ibu kekal cantik, langsing, bertenaga dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik.

Berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Moden Shaklee..?

PM FB: Farzana Husna.

Whatsapp or SMS 017-718 7881








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...