Monday, 22 September 2014

Penyakit Eczema


Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik (ekzema bentuk yang paling biasa). Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang  dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari perkataan Greek iaitu ekzein yang bermaksud "mendidih" dan perkataan Ek yang bermaksud "keluar". Manakala zema dalam perkataan Yunani bermakna mendidih.

Ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.

Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?

Ekzema atopik adalah gejala penyakit kronik yang hadir disepanjang masa. Biasanya ia akan berlaku dan berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Sepanjang tempoh tersebut akan berlaku keadaan pelupasan dan perluapan yang  mungkin teruk dan memerlukan rawatan intensif. 

Antara simptom utama penyakit ini adalah seperti berikut:

1. Keadaan kulit akan pecah atau merekah
2. Kawasan kulit tertentu mungkin akan menjadi koyak
3. Kebiasaanya kulit dirasai sangat kering
4. Rasa gatal biasanya lebih teruk di waktu malam
5. Menggaru akan menyebabkan kulit seperti menebal.
6. Beberapa kawasan terlibat menjadi radang atau merah.
7. Kawasan kawasan radang kulit biasanya akan melepuh dan terkandung cecair.
8. Kulit mungkin akan bertompok merah atau berwarna coklat kelabu.
9. Sebahagian kulit mungkin akan kelihatan tompok tomok lebam kecil. 

Sumber: mforum.cari.com.my

Set Hamil Shaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...