Thursday, 25 September 2014

Sakit Sendi atau Lutut


Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :


**1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
**50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
**1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi
( Rheumatoid Arthritis, RA )
**Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
**52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
**42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun


Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

Punca Sakit Sendi
*Berat badan berlebihan
*Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
*Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
*Penyakit sendi seperti arthritis
*Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
*Penyakit tulang
*Ketumbuhan
*Jangkitan kuman
*Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
*Penyakit kronik
*Ubat-ubatan

Penyakit berkaitan sendi?
*Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
*Gout
*Arthrithis
*Osteoporosis
*Tendinitis
*Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat
*Mudah kejang dan tegang pada sendi
*Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
*Bengkak pada sendi
*Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
*Bunyi berkeriuk pada sendi


Rawatan
*Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.
*Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
*Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
*Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
*Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
*Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
*Kurangkan berat badan
*Guna kasut bertumit rendah
*Bijak menangani tekanan
*Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus

Bila Perlu Berjumpa Doktor.
*Jika sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
*Jika sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
*Berjumpa doktor segera setelah cedera
*Sakit yang menghalang anda dari bekerja
*Sakit yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
*Penurunan berat badan yang serius
*Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
*Penglihatan yang kabur
*Sakit perut atau cirit
*Sendi yang bengkak dan merah
*Menghidap HIV atau kanser

Soalan Lazim

Adakah penggunaan ubat penahan sakit yang berlarutan tidak menjejaskan kesihatan?
Tidak, penggunaan yang berlarutan tanpa penyeliaan doktor boleh membahayakan.

Adakah penggunaan ubat gosok atau krim penahan sakit berguna?
Ya, ia boleh membantu bagi kesakitan yang ringan.

Adakah pengambilan ubat tradisional selamat?
Boleh membahaya jika produk atau pengeluarnya tidak berdaftar dengan Biro Kawalan Farmasi.

Pencegahan
*Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
*Tidur di atas tilam yang keras
*Elakkan mengangkat barang berat
*Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
*Pengurangan berat badan boleh membantu
*Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
*Menangani tekanan.

Tips penjagaan kesihatan sendi
Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Cadangan: boleh dirawat dengan Advanced Joint HealthTablet (AJHT) atau Set Sendi Shaklee.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/tanda-a-gejala/sakit-sendi



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...