Tuesday, 4 November 2014

Rawat Demam Selsema Tanpa Makan Ubat

Rawat Dengan altenatif lain



PETUA RAWAT DEMAM SELSEMA TANPA MAKAN UBAT

Boleh cuba mana-mana cara berikut :

1. Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah

2. Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema

3. Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak

4. Halia
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

5. Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan

Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik

6. Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

7. Air Beras
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Selamat mencuba dan semoga sembuh.




2 comments:

  1. Norsyilawati Pauzi13 November 2014 at 11:18

    bagus jgk petua2 ni..blh diamalkan..

    ReplyDelete
  2. Norsyilawati Pauzi13 November 2014 at 11:19

    bgus jgk petua2 ni..blh diamalkan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...