Thursday, 4 December 2014

Kek Kukus Coklat Sunkist

Kek Kukus Coklat Sunkist Simple dan Sedap



Kek Kukus Coklat Sunkist

Bahan-bahan...

2 cawan tepug gandum*
1/2 st baking powder*
1 st baking soda*
1/2 cawan serbuk koko + 1/2 cwn milo*

Bahan-bahan * di ayak

2 biji telur gred A
1 cawan air
3/4 cawan minyak canola
3/4 cawan gula pasir
1 biji limau sunkist (di parut kulit dan di ambil jusnya anggaran 6 sudu besar)
Secubit garam

Cara²:

1. Masukkan telur, air, gula dan minyak dalam mangkuk adunan dan mix selama 5 minit dengan kelajuan yang max atau sehingga gula hancur.

2. Masukkan garam, tepung, koko dan milo yang telah d ayak tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula di kaub balikkan sehingga rata.

3. Kemudian masukkan parutan kulit limau dan jusnya ~ digaul rata.

4. Alaskan loyang 8" yg telah lenserkan dengan sedikit margerin dengan kertas kuih dan tuangkan adunan ~ kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

5. Setelah sejuk ~ jika suka bolehlah dibubuh topping. Moist sekali rasanya cubalah!

Selamat mencuba...   


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...