Friday, 13 February 2015

Petua Kulit Mulus

Nak Kulit Mulus Original..?



SUSU UNTUK KULIT MULUS 

Sibuk menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumah dan pejabat kadang kala membuatkan mama terlupa memanjakan diri sendiri. Hendak ke spa memang sudah tidak sempat. Mana hendak letak anak-anak yang tidak boleh berenggang mengikut ke mana mama pergi.

Tak perlu risau kerana mama boleh manjakan diri sendiri dengan rawatan di rumah. Gunakan sahaja bahan sedia ada di rumah. Pasti penampilan mama lebih disayangi suami dan anak-anak. Susu bukan sahaja menjadi kegemaran anak anda tetapi boleh juga digunakan sebagai rawatan kecantikan semulajadi.

3 sudu besar susu
3 sudu besar madu
1 sudu kecil oat mentah

Campurkan semua bahan dalam bekas, kacau sehingga sebati menjadi skrub. Sapurkan campuran tersebut ke seluruh wajah dan kulit kemudian urut lembut selama beberapa minit. Bilas skrub dengan air suam dan keringkan wajah anda dengan tuala lembut.

Selamat Mencuba ye...

Petua Sembelit

Sehari Tak Membuang Memamg Tak Selesa..



PETUA SEMBELIT

Jika anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar, cubalah mana-mana petua sembelit di bawah. InsyaAllah sembuh.

1. Pisang atau betik :
Makan buah pisang atau betik selalu.

2. Pisang masak :
Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3. Akar temu lawak :
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4. Daun gelenggang :
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Selamat mencuba. 

Cegah Anemia Dengan Buah Kelengkeng

Hebatnya Khasiat Buah Kelengkang..



Kandungan & Manfaat Buah Kelengkeng Bagi Kesihatan :

1.Meningkatkan Fungsi Saraf
Kelengkeng memberikan keajaiban untuk masalah saraf, dan dapat digunakan sebagai anti - depresan. Buah ini dapat memberikan efek relaksasi pada saraf dan terbukti untuk meningkatkan fungsi saraf , seperti dapat mengurangi rasa marah dan mengurangi kelelahan . KeLengkeng mampu mengobati neurosis neurasthenic dan insomnia dan juga mampu untuk menangani gangguan neurasthenic dan tidur.

2.Penyembuhan Luka
KeLengkeng memiliki kemampuan dalam penyembuhan luka dan meningkatkan umur panjang. Zat polifenol dalam kelengkeng ini dapat membantu untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh dan mencegah kerusakan sel . Hal ini juga membantu untuk mengurangi risiko pengembangan jenis kanker tertentu .

3. Mencegah Anemia
Kelengkeng dapat meningkatkan sirkulasi darah dan meningkatkan asimilasi zat besi dalam tubuh manusia . Hal ini dapat mencegah terjadinya anemia

4. Rendah Lemak dan Kalori
Buah ini memiliki rendah lemak dan kalori, sehingga dapat menjadi pilihan yang sehat bagi mereka yang ingin mengurangi lemak dari tubuh mereka . KeLengkeng juga mengandung karbohidrat kompleks yang dapat meningkatkan energi , meningkatkan stamina dan mengurangi nafsu makan. Setengah cangkir kelengkeng mengandung hanya 35 kalori sehingga tambahan yang sehat untuk diet rendah kalori .

5. Mengandung Vitamin C
Manfaat Buah Kelengkeng mengandung jumlah kandungan vitamin C yang berguna dalam menjaga tubuh dari dingin dan flu dan meningkatkan mekanisme pertahanan . Vitamin C membantu dalam menyerap zat besi dan meningkatkan kondisi kulit juga.

6. Menjaga kesehatan jantung dan sirkulasi darah
Kelengkeng juga bermanfaat pada kondisi jantung dengan mengurangi rasa stres dan kelelahan seperti pembahasan diatas. Kelengkeng dalam hal ini Secara efektif merangsang kondisi kinerja limpa dan hati, meremajakan sirkulasi darah dan memberikan efek menenangkan pada sistem saraf . Hal ini juga dapat mengurangi risiko serangan jantung dan stroke.

7. Manfaat pada kulit
KeLengkeng mengandung sifat anti - penuaan dan terbukti dapat meningkatkan kesehatan kulit . Buah ini sangat bermanfaat untuk menghaluskan kulit di dekat mata dan meningkatkan kecerahan warna kulit.


Khasiat Timun

Tahukah Anda Tentang Khasiat Timun Ini Habat..?




Hebatnya timun ni ye....!!!

Khasiat Timun

1. Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

2. Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

3. Keperluan Vitamin Harian
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.

4. Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

5. Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

6. Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

7. Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

8. Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

9. Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

10. Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

Jom amalkan makan timun...

Petua Merawat Keputihan

Jangan Pandang Endah Tentang Keputihan



Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Apakah itu penyakit keputihan?

Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual.

Merawat keputihan dengan sirih.
Ambik lebih kurang 12 helai daun sirih , sediakan sebekas air suam kira-kira 1 liter , ramaskan daun tadi kedalam air suam , tapis dan semasa mandi cuci bahagian sulit.

Supliment cadangan : Rahsia Wanita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...