Saturday, 14 March 2015

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap




Ayam Masak Kicap
 

Bahan-bahan
**6 ketul ayam di besrsihkan dan di gaul dengan sedikit kunyit dan secubit garam.
**10 biji tomato cherry
**2 biji cili merah di hiris memanjang
**1 biji bawang besar di hiris

Bahan Kisar
**3 ulas bawang merah
**3 ulas bawang putih
**1 inci halia
**10-15 biji cili padi

**1 sudu teh lada hitam kisar kasar
**gula dan garam cukup rasa
**1/2 gelas air asam jawa cair
**1/2 gelas air
**1 senduk kicap manis
**minyak untuk goreng ayam

Cara-cara memasak 
**panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga agak garing.
**biarkan lebihan minyak goreng ayam dalam kuali untuk menumis.
**masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan
**masukkan air asam jawa dan lada hitam kacau rata dan biarkan mendidih
**masukkan kicap dan air, kacau rata masukkan pula garam dan sedikit gula biarkan mendidih.
**masukkan ayam yang telah di goreng tadi, cili dan bawang hiris sertya tomato. kacau rata-rata hingga sebati. biarkan untuk 5 minit.
**tutup api dan boleh dihidang.

Selamat Mencuba ye...

2 comments:

  1. terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome...
      Simple je kan...memang sedap...skrg ni better masak sendiri drpd makan kat luar kan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...