Saturday, 14 March 2015

Gulai Ayam

Resepi Gulai Ayam




GULAI AYAM 

Bahan-Bahan 1 ekor ayam ~ di potong kepada 12 bahagian, cuci bersih dan toskan. gaul dengan sedikit garam biar sebentar dan bilas semula dengan air. Ketepikan
Ita gaulkan ayam dengan kunyit dan garam dan goreng 1/2 masak. Ketepikan

*6 sudu besar minyak masak
*250 ml pati santan di perah daripada 2 biji kelapa parut. Boleh juga menggunakan santan kotak
*750 ml air
*500 gm ubi kentang di belah 4
*4 tangkai cili merah
*garam dan gula secukup rasa
*1 kiub ayam

Bahan Di Kisar Halus
*2 batang serai dihiris
*8 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 1/2 inc halia
*1 1/2 inc kunyit hidup
*2 sudu besar pes cili kering atau boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar

Kaedah Penyediaannya
*Pijarkan minyak di dalam periuk di atas api yang sederhana dan tumis bahan kisar hingga harum
*Masukkan kepingan ayam dan balik-balikkan.
*Renihkan selama 5 minit
*Tambahkan pati santan, kiub ayam dan air
*Kacau rata

*Masukkan ubi kentang dan masak hingga ayam dan ubi kentang empuk
*Maukkan cili merah
*Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
*Renihkan sehingga kuah sedikit pekat
*Sedia di hidangkan

Selamat mencuba ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...