Saturday, 14 March 2015

Gulai Kawah Daging

Resepi Gulai Kawah Daging


Gulai Kawah


Bahan- Bahan:
*500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
*2 s/b kerisik
*2 cawan santan pekat
*2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
*2 keping asam keping
*minyak
*garam

Bahan Mesin
*20 tangkai cili kering
*1 s/b rempah kari daging
*2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
*1 s/b rempah masak gulai cap ROSE

*7 ulas bawang merah
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*3 cm halia
*2 cm lengkuas

Bahan tumis
*2 cm kulit kayu manis
*3 kuntum bunga cengkih
*2 kuntum bunga lawang
*3 biji buah pelaga

Cara Menyediakannya.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.

4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Selamat mencuba ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...