Saturday, 14 March 2015

Ketam Masak Lemak

Resepi Ketam Masak Lemak




Ketam Masak Lemak

 BAHAN-BAHANNYA 
*3 ekor ketam saiz besar
*1 cekak daun turi muda bersama bunga2nya
*1 keping asam gelugor
*300 ml pati santan
*1200 ml santan cair
*2 batang serai, dititik
*Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS 
*7 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci belacan
*4 biji cili merah
*1/2 inci kunyit tua
*1 1/2 inci isi cekur

CARA MEMBUATNYA 
Ketam dibuang kulit keras, kerat kaki2 kecilnya, jangkir ketam diketuk sedikit. Kerat dua ketam tadi dan cuci segala kekotorannya, toskan. Daun turi diasingkan dari tangkainya, cuci dan tos kan.

Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, asam gelugor dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata. Bila mendidih, masukkan daun turi tadi, masak hingga daun lembut.

Tambah garam secukup rasa dan secubit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Tuang pati santan, kacau dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Kemudian rasa dan jika ok boleh matikan api.

 Hidangkan panas bersama nasi....

Selamat Mencuba ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...