Saturday, 28 November 2015

Resepi Apam Beras

Resepi Apam Beras



Apam beras ini amat mudah dan pertama kali mencuba resepi ini terus menjadi.
Ia boleh diletakkan dalam acuan kecil dan pelbagaikan warna.

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya seperti berikut :-

Bahan-bahan

-3 cawan tepung beras (360g)
-1 cawan tepung gandum (120g)
-2 cawan gula pasir (400g)
-1 paket mauripan (11g)
-2 cawan nasi
-3 cawan air (700ml)
-pewarna yang digemari
-kelapa parut secukupnya digaul dengan sedikit garam


Cara-cara

-satukan nasi dan air didalam 'blender' lalu dikisar hingga betul-betul hancur.
-satukan semua bahan lain dan gaul sebati didalam mangkuk.
-kemudian tuang kisaran nasi dalam adunan tadi dan gaul sebati kesemua bahan.
-Perap adunan selama 1 jam atau lebih.
-Selepas 1 jam,tuang adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit.
-setelah sejuk bolehlah dipotong dan digaulkan dengan kelapa bergaram.

Selamat Mencuba... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...