Friday, 10 March 2017

Resepi Nasi Kerabu

Nasi Kerabu


Resepi Nasi Kerabu Biru
Sumber resepi : Tahrunnisah Jali

Nasi
3 cawan nasi
sedikit pewarna biru (bunga telang malas nak cari penah Nampak)
air secukupnya
4 helai daun limau purut di ramas
1 batang serai dititik
sedikit garam

basuh bersih beras..masukkan air secukupnya macam nak masak nasi.. kemudian masukkan daun limau purut dan serai serta sedikit garam

Sambal tumis (dimasak lebih awal...belah malam jika nak buat sarapan..lagi sedap)
4 biji bawang besar atau 20 biji bawang merah**
3 ulas bawang putih**
secekak lada kering direbus dan dibuang bijinya (ikut kepedasan yang ada suka)**
sedikit halia**
sedikit kunyit hidup** kalau takde gunala kunyit serbuk

1 batang serai dititik
budu
garam, gula
belacan
santan pekat
sedikit air asam jawa
1/2 cawan minyak masak

Kisar bahan yang bertanda **.dengan sedikit air.. panaskan kuali dan isi minyak masak.. dah panaskan minyak masukkan bahan kisar..tumis sehingga pecah minyak ..masukkan serai, budu, garam gula, belacan...
tumis lagi kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa..masak sehingga ia pekat ..siap!!

sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1 cawan kelapa parut - nak lebih pun boleh
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan

ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja
Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar
kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula...masak sehingga ia agak kering...(rujuk gambar) kemudian rasa dah ok.masukkan kelapa goring tadi..kacau sebati..siap

Solok Ikan
2 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu
1/2 biji bawang besar
sedikit lada hitam lbh kurang 1/3 sudu besar
sedikit kelapa parut kelapa parut
garam n gula
tumbuk bawang besar, lada hitam, kelapa parut kemudian masukkan isi ikan kembung, tambah garam dan sedikit gula..tumbuk biar isi ikan hancur.. masukkan adunan ni dlm lada hijau yang telah dibelah bahagian tengahnya
kukus dlm 10 minit (saya kukus dlm periuk atasnya guna bekas penyejat dan tutup...

Sambal cuka (agak2 rasa sambal tumis tak pedas boleh buat sambal cuka)
cili padi
lada merah
cuka sikit
garam dan gula
1 ulas bawang putih di bakar sekejap

kisar kasar semua bahan utk sambal cuka..
bahan hiasan
kobis, kacang panjang, tauge, ulam raja ke, timun
keropok goring
daging bakar
lada cuka
budu (saya dah taruk banyak dlm sambal tumis)

Selamat Mencuba ye....!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...