Friday, 10 March 2017

Resepi Roti Jala Coklat

Roti Jala Coklat


Resepi Mudah Dan Ringkas Roti Jala Coklat
Roti jala memang sedap dijadikan makanan pada waktu sarapan dan minum petang. Ianya juga selalu dihidangkan di majlis-majlis, jamuan -jamuna dan kenduri sebagai makan sampingan. 

Selalunya roti jala akan dicecah dengan kuah kari ataupun kuah durian. Tetapi sekarang ini ramai pula yang cuba mencipta berbagai-bagai resepi untuk menyedapkan lagi roti jala, salah satunya Roti Jala Coklat.

Resepi Mudah Dan Ringkas Roti Jala Coklat;


Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 biji telur gred A

2 sudu kecil cocoa powder-boleh digantikan dengan milo
2 sudu besar gula kastor (boleh juga guna gula pasir)
2 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam


Cara-cara membuatnya

Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati (atau gaulkan sahaja sehingga sebati) Kemudian tapiskan

Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (guna botal lubang 3)
Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak. Kirai atau jala adunan ke atas non-stick pan tadi, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat. Lipat atau gulung.

Roti jala coklat ni sedap dimakan begitu saja. Kemanisan yang sedang-sedang jer. Boleh jugak dicicah bersama susu pekat manis atau sebarang sos kegemaran.

Selamat mencuba. Sedap gila untuk minum petang dan sarapan pagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...