Thursday, 18 May 2017

Air Rebusan Untuk Mandian

Segarkan Badan Dengan Air Rebusan.




Ramuan Untuk Membuat Air Rebusan Mandi Dedaun


Bahan-bahan:
1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
10 helai daun limau purut
6 batang daun serai bersama serai
Halia muda sebesar 4 kali ibu jari


7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
Segenggam halba (dipunjutkan)
.
.
.
Cara Menyediakan Air Mandi:
1. Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
2. Sediakan bahan-bahannya.
3. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.

4. Masukkan halba yang dipunjutkan.
5. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
.
.
.
NOTA:
.
1. Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.
.
2. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.
.
3. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
.
4. Daun-daun rebusan tersebut boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
.
5. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air daripada masuk ke dalam badan.

Selamat Mencuba ye... :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...